Sunday, 3 October 2010

Penerokaan aplikasi ICT

Internet adalah merupakan satu alat komunikasi yang amt penting pada masa kini. Keadaan ini jelas dapat kita rasakan pada hari ini dengan banyak aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam internet yang boleh kita gunakan pada hari ini untuk tujuan-tujuan tertentu termasuklah komunikasi. Salah satunya adalah penggunaan Dimdim yang telah saya kongsikan sebelum ini dimana ianya adalah merupakan salah satu aplikasi yang amat penting untuk tujuan komunikasi secara pantas serta menjimatkan kos, masa dan tenaga. Selain itu kita juga boleh gunakan aplikasi-aplikasi lain bagi tujuan komunikasi seperti twitter, yahoo massenger, skype dan sebagainya. Namun, semua aplikasi ini tidak akan dapat kita manfaatkan sekiranya kita tidak tahu untuk menggunakannya. Kita juga mungkin tidak tahu bahawa semua aplikasi ini boleh digunakan untuk komunikasi sekiranya kita tidak menerokai ICT. Kemajuan dalam bidang ICT pada hari ini berlaku dengan pantas, banyak aplikasi yang baru yang kita tidak tahu yang muncul setiap masa. Oleh itu, penerokaan dalam ICT adalah amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru, malah untuk menambahkan kemahiran kita dari segi penggunaan aplikasi-aplikasi terbaru yang terdapat dalam ICT.

Perkongsian maklumat melalui ICT

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Friday, 1 October 2010

Keselamatan fizikal ICT

Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan keselamatan dalam penggunaan ICT di sekolah. Salah satu yang amat penting adalah berkaitan keselamatan fizikal iaitu yang merupakan lapisan pertahanan utama dalam mana-mana seni bina keselamatan ICT. Warga sekolah yang dibenarkan mengakses infrastruktur ICT dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Semua kemudahan pengkomputeran yang terdapat di sekolah diguna untuk memudahkan operasi harian dan aktiviti pembelajaran warga sekolah. Oleh yang demikian, hanya pengguna yang sah seperti guru, murid dan kakitangan sekolah dibenar menggunakan kemudahan ini. Pihak ketiga (bukan warga sekolah) yang ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar sekolah terlebih dahulu.Pengguna atau pelawat yang menggunakan kemudahan di makmal komputer, pusat media dan pusat akses hendaklah mencatat nama, tarikh, masa dan tempoh akses dalam buku log. Keselamatan fizikal dalam ICT ini amat penting untuk melindungi sebarang masalah berkaitan fizikal seperti kehilangan peralatan ICT, kerosakan bahan-bahan ICT, serta kehilangan data-data atau maklumat-maklumat penting akibat daripada pencerobohan daripada individu-individu yang tidak sepatutnya.

Saturday, 25 September 2010

Dapatan Kajian

kajian yang saya jalankan adalah berkaitan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berbeza di sekolah. dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru mata pelajaran sains menunjukkan peratusan yang paling tinggi dalam kemahiran menggunakan ICT dan juga kekerapan menggunakan ICT dalam P&P. Apa yang perlu dilihat disini,daripada kajian yang dijalankan keadaaan ini adalah disebabkan guru-guru mata pelajaran sains dibekalkan dengan banyak bahan serta peralatan ICT berbanding guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain di sekolah. Isu yang perlu diberi perhatian adalah, sekiranya mata pelajaran lain juga turut dibekalkan dengan bahan-bahan serta peralatan ICT yang boleh digunakan dalam P&P, apakah kesan yang boleh kita lihat, baik dalam P&P serta pencapaian dalam mata pelajaran tersebut. sebagaimana yang kita ketahui penggunaan ICT dalam P&P akan dapat membantu menjadikan P&P bertambah menarik serta lebih mudah. Jadi sekiranya di gunakan dalam semua mata pelajaran, kita akan dapat mengubah bentuk pembelajaran supaya lebih menarik. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sejarah, jika ditunjukkan dengan grafik atau gambaran dalam bentuk multimedia, sesuatu peristiwa itu lebih mudah untuk digambarkan kepada para pelajar berbanding dengan menceritakan tentang apa yang berlaku di mana lebih sukar untuk mendapatkan perhatian serta tumpuan daripada para pelajar.sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam perbandingan antara P&P menggunakan ICT dan P&P tanpa ICT, apakah komen anda berkaitan isu ini?..;)

Wednesday, 25 August 2010

Kajian Kes

Ini ada kajian kes yang telah saya jalankan untuk program MTM6053. Dalam kajian ini, saya mengkaji tahap penguasaan ICT dalam kalangan guru-guru mengikut mata pelajaran yang diajar di sekolah.Berdasarkan kajian tersebut, ini adalah dapatan yang di perolehi daripada kajian tersebut.

kajian kes MTM 6053

Friday, 13 August 2010

pengalaman bersama 'online class'

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran adalah bukan merupakan suatu perkara yang baru dalam bidang pendidikan. Ia telah lama diaplikasikan di IPT serta kolej-kolej dan sekolah-sekolah tertentu di Malaysia. Penggunaan ICT ini bukan sahaja menjadikan Pengajaran dan pembelajaran lebih mudah serta menarik, malah pemahaman serta keberkesanan dalam pembelajaran itu juga dapat ditingkatkan.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah berkaitan pengalaman baru dalam aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya lalui baru-baru ini iaitu 'online class' yang telah diperkanalkan oleh pensyarah bersama pelajar-pelajar MTM6053.
Pengalaman dalam 'online class' ini adalah cukup menarik di mana kami telah diperkenalkan dengan Dimdim Web Meeting oleh pensyarah untuk berkongsi idea serta pandangan di samping pensyarah kami menayangkan slide-slide berkaitan topik pembelajaran pada masa tersebut. Dalam masa yang sama kami dapat memberikan pendapat serta pandangan melalui ruang 'chatting' yang tersedia di samping dapat bertanyakan soalan secara terus kepada pensyarah hanya dengan menaip di ruangan tersebut.
Sebelum ini, kami menggunakan google present untuk 'online class' yang pertama, namun disebabkan ramai pelajar yang mengalami masalah, mungkin dari segi capaian internet dan sebagainya, maka pensyarah kami menggunakan aplikasi Dimdim Web Meeting. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi melalui penggunaan aplikasi ini selain menjimatkan masa, banyak perkara yang boleh di bincangkan dengan lebih mendalam yang mungkin tidak sempat untuk dibincangkan dalam kelas.
Selain itu juga, kita boleh mendalami aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Dimdim Web Meeting untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran pada masa akan datang. Tambahan pula nanti, kami akan mendapat pengalaman yang lebih menarik kerana semua pelajar berpeluang untuk mengadakan pembentangan melalui aplikasi ini yang bermula pada 21/8/2010 nanti. Tidak sabar untuk menantikan apakah reaksi daripada pelajar-pelajar ini dalam menyampaikan pembentangan masing-masing nanti.;)

Thursday, 12 August 2010