Wednesday 25 August 2010

Kajian Kes

Ini ada kajian kes yang telah saya jalankan untuk program MTM6053. Dalam kajian ini, saya mengkaji tahap penguasaan ICT dalam kalangan guru-guru mengikut mata pelajaran yang diajar di sekolah.Berdasarkan kajian tersebut, ini adalah dapatan yang di perolehi daripada kajian tersebut.

kajian kes MTM 6053

Friday 13 August 2010

pengalaman bersama 'online class'

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran adalah bukan merupakan suatu perkara yang baru dalam bidang pendidikan. Ia telah lama diaplikasikan di IPT serta kolej-kolej dan sekolah-sekolah tertentu di Malaysia. Penggunaan ICT ini bukan sahaja menjadikan Pengajaran dan pembelajaran lebih mudah serta menarik, malah pemahaman serta keberkesanan dalam pembelajaran itu juga dapat ditingkatkan.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah berkaitan pengalaman baru dalam aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya lalui baru-baru ini iaitu 'online class' yang telah diperkanalkan oleh pensyarah bersama pelajar-pelajar MTM6053.
Pengalaman dalam 'online class' ini adalah cukup menarik di mana kami telah diperkenalkan dengan Dimdim Web Meeting oleh pensyarah untuk berkongsi idea serta pandangan di samping pensyarah kami menayangkan slide-slide berkaitan topik pembelajaran pada masa tersebut. Dalam masa yang sama kami dapat memberikan pendapat serta pandangan melalui ruang 'chatting' yang tersedia di samping dapat bertanyakan soalan secara terus kepada pensyarah hanya dengan menaip di ruangan tersebut.
Sebelum ini, kami menggunakan google present untuk 'online class' yang pertama, namun disebabkan ramai pelajar yang mengalami masalah, mungkin dari segi capaian internet dan sebagainya, maka pensyarah kami menggunakan aplikasi Dimdim Web Meeting. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi melalui penggunaan aplikasi ini selain menjimatkan masa, banyak perkara yang boleh di bincangkan dengan lebih mendalam yang mungkin tidak sempat untuk dibincangkan dalam kelas.
Selain itu juga, kita boleh mendalami aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Dimdim Web Meeting untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran pada masa akan datang. Tambahan pula nanti, kami akan mendapat pengalaman yang lebih menarik kerana semua pelajar berpeluang untuk mengadakan pembentangan melalui aplikasi ini yang bermula pada 21/8/2010 nanti. Tidak sabar untuk menantikan apakah reaksi daripada pelajar-pelajar ini dalam menyampaikan pembentangan masing-masing nanti.;)