Friday 8 October 2010

Rumusan

Internet merupakan pembaharuan dalam teknologi komputer dan komunikasi. Internet sekarang ini telah memudahkan pencarian maklumat sehingga maklumat yang dahulunya susah atau tidak boleh didapati hanya terpapar di skrin komputer. Pelbagai aplikasi ICT yang dapat diperolehi pada hari ini juga bukan sahaja dapat memberikan maklumat kepada kita malah dapat membantu memudahkan kerja yang dilakukan, namun semua aplikasi ini tidak akan dapat membantu sekiranya kita tidak tahu untuk menggunakan aplikasi tersebut. Penguasaan ICT adalah merupakan satu perkara yang amat penting pada hari ini, dengan penguasaan inilah akan membantu kita untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dengan cara yang lebih mudah dan dalam masa yang sama, kita dapat mengetahui cara terbaik untuk melindungi maklumat-maklumat penting kita daripada diceroboh. Oleh itu, ICT boleh dikatakan sebagai satu laluan yang akan membawa kita kepada pelbagai jenis maklumat dan pengetahuan sekiranya kita dapat mengaplikasikan dengan cara yang betul. Namun apa yang penting untuk menguasai ICT pada hari ini ialah penerokaan yang berterusan untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi terbaru dalam ICT ini.

Tuesday 5 October 2010

Sumber maklumat melalui ICT

Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang boleh kita gunakan dalam internet, semua aplikasi ini akan memberikan manfaat dan dapat membantu kita untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki, jika dilihat dalam aplikasi google sahaja, pelbagai aplikasi yang dapat kita perolehi daripada google, seperti google calendar, google earth, google doc dan sebagainya. Semua aplikasi yang disediakan ini akan memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai bentuk serta dalam masa yang sama ia juga dapat membantu kita untuk memudahkan kerja-kerja serta tugasan yang perlu dilakukan. Melalui aplikasi-aplikasi yang disediakan juga, kita dapat menjimatkan masa serta tenaga kerana maklumat-maklumat akan diperolehi dalam masa yang singkat. Inilah kelebihan ICT pada hari ini, dan sekiranya kita terus menerokai dunia ICT banyak maklumat yang kita boleh ketahui dari masa kesemasa.

Monday 4 October 2010

Apakah Google Docs?

Salah satu aplikasi ICT yang menarik yang telah diperkenalkan kepada saya melalui program ini adalah penggunaan google docs. Sebelum ini, jika ditanya berkaitan dengan google docs saya tidak tahu tentang kewujudan aplikasi yang amat menarik ini, sehinggalah saya sendiri dapat mencubanya bersama rakan-rakan berkaitan kelebihan aplikasi ini. Google doc merupakan salah satu layanan dari google untuk menyimpan file office seperti word, excel , powerpoint. Selain sebagai tempat penyimpanan data file office google doc juga bisa digunakan untuk membuat file office secara online. Misalnya membuat file document Hasil nya boleh di export menjadi file .doc (microsof word). Selain sebagai tempat penyimpanan, google doc juga dapat di gunakan untuk mengubah atau 'edit' file yang di buat secara online ataupun file yang di upload dari komputer. Aplikasi yang menarik dari google ini boleh menjadi alternative untuk penyimpanan tugas dan data kerana boleh diakses dimana pun hanya dengan menggunakan browser. Selain itu file yang ada di google doc juga dapat di kongsikan dan di ubah secara bersama dengan rakan kita yang di beri kebenaran untuk melihat atau mengubah file tersebut. Menarik kan? cubalah, anda akan mengetahui kelebihannya.:)

Sunday 3 October 2010

Penerokaan aplikasi ICT

Internet adalah merupakan satu alat komunikasi yang amt penting pada masa kini. Keadaan ini jelas dapat kita rasakan pada hari ini dengan banyak aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam internet yang boleh kita gunakan pada hari ini untuk tujuan-tujuan tertentu termasuklah komunikasi. Salah satunya adalah penggunaan Dimdim yang telah saya kongsikan sebelum ini dimana ianya adalah merupakan salah satu aplikasi yang amat penting untuk tujuan komunikasi secara pantas serta menjimatkan kos, masa dan tenaga. Selain itu kita juga boleh gunakan aplikasi-aplikasi lain bagi tujuan komunikasi seperti twitter, yahoo massenger, skype dan sebagainya. Namun, semua aplikasi ini tidak akan dapat kita manfaatkan sekiranya kita tidak tahu untuk menggunakannya. Kita juga mungkin tidak tahu bahawa semua aplikasi ini boleh digunakan untuk komunikasi sekiranya kita tidak menerokai ICT. Kemajuan dalam bidang ICT pada hari ini berlaku dengan pantas, banyak aplikasi yang baru yang kita tidak tahu yang muncul setiap masa. Oleh itu, penerokaan dalam ICT adalah amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru, malah untuk menambahkan kemahiran kita dari segi penggunaan aplikasi-aplikasi terbaru yang terdapat dalam ICT.

Perkongsian maklumat melalui ICT

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Friday 1 October 2010

Keselamatan fizikal ICT

Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan keselamatan dalam penggunaan ICT di sekolah. Salah satu yang amat penting adalah berkaitan keselamatan fizikal iaitu yang merupakan lapisan pertahanan utama dalam mana-mana seni bina keselamatan ICT. Warga sekolah yang dibenarkan mengakses infrastruktur ICT dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Semua kemudahan pengkomputeran yang terdapat di sekolah diguna untuk memudahkan operasi harian dan aktiviti pembelajaran warga sekolah. Oleh yang demikian, hanya pengguna yang sah seperti guru, murid dan kakitangan sekolah dibenar menggunakan kemudahan ini. Pihak ketiga (bukan warga sekolah) yang ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar sekolah terlebih dahulu.Pengguna atau pelawat yang menggunakan kemudahan di makmal komputer, pusat media dan pusat akses hendaklah mencatat nama, tarikh, masa dan tempoh akses dalam buku log. Keselamatan fizikal dalam ICT ini amat penting untuk melindungi sebarang masalah berkaitan fizikal seperti kehilangan peralatan ICT, kerosakan bahan-bahan ICT, serta kehilangan data-data atau maklumat-maklumat penting akibat daripada pencerobohan daripada individu-individu yang tidak sepatutnya.

Saturday 25 September 2010

Dapatan Kajian

kajian yang saya jalankan adalah berkaitan tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berbeza di sekolah. dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru mata pelajaran sains menunjukkan peratusan yang paling tinggi dalam kemahiran menggunakan ICT dan juga kekerapan menggunakan ICT dalam P&P. Apa yang perlu dilihat disini,daripada kajian yang dijalankan keadaaan ini adalah disebabkan guru-guru mata pelajaran sains dibekalkan dengan banyak bahan serta peralatan ICT berbanding guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain di sekolah. Isu yang perlu diberi perhatian adalah, sekiranya mata pelajaran lain juga turut dibekalkan dengan bahan-bahan serta peralatan ICT yang boleh digunakan dalam P&P, apakah kesan yang boleh kita lihat, baik dalam P&P serta pencapaian dalam mata pelajaran tersebut. sebagaimana yang kita ketahui penggunaan ICT dalam P&P akan dapat membantu menjadikan P&P bertambah menarik serta lebih mudah. Jadi sekiranya di gunakan dalam semua mata pelajaran, kita akan dapat mengubah bentuk pembelajaran supaya lebih menarik. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sejarah, jika ditunjukkan dengan grafik atau gambaran dalam bentuk multimedia, sesuatu peristiwa itu lebih mudah untuk digambarkan kepada para pelajar berbanding dengan menceritakan tentang apa yang berlaku di mana lebih sukar untuk mendapatkan perhatian serta tumpuan daripada para pelajar.sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam perbandingan antara P&P menggunakan ICT dan P&P tanpa ICT, apakah komen anda berkaitan isu ini?..;)