Friday 1 October 2010

Keselamatan fizikal ICT

Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan keselamatan dalam penggunaan ICT di sekolah. Salah satu yang amat penting adalah berkaitan keselamatan fizikal iaitu yang merupakan lapisan pertahanan utama dalam mana-mana seni bina keselamatan ICT. Warga sekolah yang dibenarkan mengakses infrastruktur ICT dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Semua kemudahan pengkomputeran yang terdapat di sekolah diguna untuk memudahkan operasi harian dan aktiviti pembelajaran warga sekolah. Oleh yang demikian, hanya pengguna yang sah seperti guru, murid dan kakitangan sekolah dibenar menggunakan kemudahan ini. Pihak ketiga (bukan warga sekolah) yang ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar sekolah terlebih dahulu.Pengguna atau pelawat yang menggunakan kemudahan di makmal komputer, pusat media dan pusat akses hendaklah mencatat nama, tarikh, masa dan tempoh akses dalam buku log. Keselamatan fizikal dalam ICT ini amat penting untuk melindungi sebarang masalah berkaitan fizikal seperti kehilangan peralatan ICT, kerosakan bahan-bahan ICT, serta kehilangan data-data atau maklumat-maklumat penting akibat daripada pencerobohan daripada individu-individu yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment