Wednesday 28 July 2010

Penggunaan email di sekolah

E-mel membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Penggunaan e-mel kini semakin meluas untuk membolehkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.Semua warga sekolah perlu diberi akaun e-mel untuk kegunaan rasmi. Penggunaan perkhidmatan e-mel tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan Penyelaras ICT Sekolah mempunyai hak untuk membatalkan penggunaan tersebut jika pengguna tidak mematuhi peraturan.E-mel ialah salah satu daripada saluran komunikasi rasmi di sekolah. Oleh itu, e-mel harus dikarang dengan berhati-hati. Pengguna dinasihati menulis e-mel dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui emel. Hal ini bertujuan melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan. Pengguna dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti:
  • menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain
  • menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah
  • menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik
  • menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah
  • menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia
  • menyebarkan malicious code seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
Penggunaan email di sekolah bukan sahaja dapat membantu pengurusan dalam pentadbiran di sekolah, malah ia juga turut membantu dalam sistem komunikasi disekolah iaitu dengan membolehkan sesuatu maklumat itu disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan

Saturday 24 July 2010

Internet di sekolah

Sistem komunikasi elektronik atau kemudahan ICT sekolah pada amnya digunakan untuk memudah dan menambah baik pentadbiran dan operasi sekolah.Aktiviti melayari laman web hendaklah dihadkan kepada perkara yang berkaitan dengan urusan kerja atau tujuan lain yang dibenarkan oleh Pengetua atau pentadbir. Bahan yang dimuat turun daripada internet (contohnya perisian) hendaklah dikenal pasti sumbernya untuk mengelakkan pelanggaran hak cipta manakala maklumat yang hendak dimuat naik ke internet juga hendaklah dipantau oleh Penyelaras ICT sekolah dan dibenarkan oleh Pengetua.Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti:
  • Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.
  • Menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja (komersial, politik atau yang lain) yang boleh menjejaskan produktiviti staf dan menyalahgunakan sumber maklumat
  • Melakukan kegiatan jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan kegiatan pengganas.
Pengguna juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti dalam talian seperti hacking,mencuri maklumat atau memberikan maklumat palsu. Justeru itu penggunaan internet di sekolah haruslah mendapat pemantauan yang sebaiknya supaya ia dapat memberikan banyak kemudahan dalam urusan pentadbiran di sekolah serta untuk semua kakitangan di sesebuah sekolah itu.

Thursday 8 July 2010

Penggunaan ICT

Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolahkan maklumat dihantar dan diterima dengan cepat. kemudahan ini menyebabkan penggunaan internet dan e-mail semakin meningkat pada masa kini. Komunikasi eletronik ini digunakan secara meluas sebagai media alternatif untuk berkongsi maklumat. Walaubagaimanapun, penggunaan perkhidmatan internet dan e-mail yang tidak terkawal mungkin mendedahkan kita kepada pelbagai ancaman keselamatan. Oleh itu, perlindungan keselamatan mestilah diwujudkan untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat.

Saturday 3 July 2010

ICT dalam pendidikan

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003.Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Ini menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.