Wednesday 28 July 2010

Penggunaan email di sekolah

E-mel membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Penggunaan e-mel kini semakin meluas untuk membolehkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.Semua warga sekolah perlu diberi akaun e-mel untuk kegunaan rasmi. Penggunaan perkhidmatan e-mel tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan Penyelaras ICT Sekolah mempunyai hak untuk membatalkan penggunaan tersebut jika pengguna tidak mematuhi peraturan.E-mel ialah salah satu daripada saluran komunikasi rasmi di sekolah. Oleh itu, e-mel harus dikarang dengan berhati-hati. Pengguna dinasihati menulis e-mel dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui emel. Hal ini bertujuan melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan. Pengguna dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti:
  • menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain
  • menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah
  • menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik
  • menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah
  • menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia
  • menyebarkan malicious code seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
Penggunaan email di sekolah bukan sahaja dapat membantu pengurusan dalam pentadbiran di sekolah, malah ia juga turut membantu dalam sistem komunikasi disekolah iaitu dengan membolehkan sesuatu maklumat itu disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan

1 comment:

  1. mmg menarik jika setiap sekolah juga mempunyai email mereka sendiri.. jika di ipt serta organisasi2 dah wujud, kenapa tidak di sekolah.. saya rasa, jika ada penggunaan email di sekolah, ianya dapat memberi pendedahn awal kepada warga sekolah dalam penggunaan ICT.. mungkin suatu hari, akan wujud email khas untuk para pelajar pula..

    ReplyDelete